Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Venezuela putus hubungan diplomatik dengan AS

DUNIA

Venezuela putus hubungan diplomatik dengan AS

Venezuela tuduh AS cuba lakukan rampasan kuasa – Foto Sinar Online

CARACAS, 24 Januari – Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengumumkan beliau memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Donald Trump mengiktiraf pemimpin pembangkang Juan Guaido sebagai “presiden interim” negara Amerika Latin itu.

“Saya membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dan politik dengan kerajaan penjajah AS,” kata Maduro kepada ribuan penyokongnya di Caracas, semalam.

Maduro turut memberikan delegasi kedutaan AS 72 jam untuk meninggalkan negara itu.

Menurut laporan Sinar Online, Guaido, ketua pembangkang mencetuskan kontroversi pada Rabu selepas memberitahu ribuan penyokongnya yang beliau mengisytiharkan dirinya sebagai “pemangku presiden.”

Trump adalah pemimpin asing pertama yang menyatakan sokongan kepada Guaido, menyifatkan Dewan Negara sebagai “satu-satunya cabang kerajaan yang sah yang dipilih rakyat Venezuela.”

Bercakap daripada balkoni istana presiden di Caracas, Maduro menuduh kerajaan AS cuba melakukan rampasan kuasa.

Beliau menggesa agensi kerajaan Venezuela untuk bersatu demi demokrasi dan mengulangi desakan kesetiaan pasukan tentera.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading