Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PM ANWAR USIR RAKYAT ISRAEL: LAPAN AHLI KONGRES AS ‘KOYAK’, DESAK SEMAK HUBUNGAN DENGAN MALAYSIA

DALAM NEGARA

PM ANWAR USIR RAKYAT ISRAEL: LAPAN AHLI KONGRES AS ‘KOYAK’, DESAK SEMAK HUBUNGAN DENGAN MALAYSIA

Mereka turut mendakwa bahawa Malaysia kononnya menjadi tempat latihan Hamas kerana mempunyai hubungan terbuka dengan kumpulan pejuang Palestin itu.

KUALA LUMPUR: Lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) ‘koyak’ dan meluahkan rasa tidak puas hati menerusi surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio susulan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertegas untuk mengusir segera rakyat Israel yang berada di negara ini.

Ahli kongres yang terlibat merupakan ahli parti Demokrat antaranya Greg Landsman, Josh Gottheimer, Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss.

Menerusi surat yang dimuat naik Landsman, Ahli Kongres terbabit menyuarakan kebimbangan yang amat serius terhadap kenyataan Anwar.

Mereka mendesak agar AS mengambil tindakan tegas kerana kenyataan Anwar didakwa cenderung bersifat antisemitisme.

Selain itu, mereka turut mendesak AS menarik balik bantuan keselamatan kepada Malaysia, termasuk pembiayaan menerusi program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (IMET) yang membolehkan anggota tentera Malaysia menerima latihan ketenteraan profesional.

Katanya, sekiranya Malaysia enggan membatalkan dasar yang didakwa berunsur diskriminasi ini dalam tempoh 15 hari, mereka menggesa pembiayaan di bawah program IMET digantung.

Mereka turut mendakwa bahawa Malaysia kononnya menjadi tempat latihan Hamas kerana mempunyai hubungan terbuka dengan kumpulan pejuang Palestin itu.

“Berdasarkan kelebihan diplomatik yang dimiliki, kami percaya (kerajaan) AS perlu menjelaskan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar) Ibrahim dan kerajaannya bahawa bantuan serta sokongan yang diberikan adalah berasaskan jangkaan bahawa mereka tidak akan menyasarkan rakyat daripada salah satu sekutu paling rapat kami.

“Oleh itu, kami menggesa agar satu semakan dilakukan terhadap hubungan keselamatan dan ekonomi antara AS dengan Malaysia bagi memastikan hubungan tersebut benar-benar memenuhi kepentingan terbaik AS.

“Kami dengan hormat memohon agar Jabatan Negara AS menjelaskan langkah-langkah yang sedang diambil sebagai tindak balas terhadap kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar) Ibrahim.

“Kami dengan tegas menggesa agar jabatan menggunakan segala instrumen yang ada bagi memastikan kerajaan Malaysia bertanggungjawab atas tindakannya,” kata mereka.

Anwar sebelum ini menegaskan Malaysia akan mengusir rakyat Israel yang didakwa memiliki dua kewarganegaraan dan menetap di negara ini.

Ia susulan laporan terdapat rakyat Israel yang menyertai Network School di Forest City, Johor.

Anwar menegaskan Malaysia sesekali tidak akan berkompromi dengan keadaan itu, jika dakwaan terbabit terbukti benar.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading