Connect with us

ALHIJRAH NEWS

NETWORK SCHOOL DIARAH HENTI OPERASI BERMULA ESOK

DALAM NEGARA

NETWORK SCHOOL DIARAH HENTI OPERASI BERMULA ESOK

Keputusan itu dibuat selepas MBIP meneliti laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi yang dikemukakan syarikat berkenaan, selain mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat pelesenan dan penggunaan premis.

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk membatalkan lesen perniagaan serta mengarahkan NSO Malaysia Sdn. Bhd. (Network School) menghentikan semua operasinya di Forest City, berkuat kuasa 22 Julai.

Keputusan itu dibuat selepas MBIP meneliti laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi yang dikemukakan syarikat berkenaan, selain mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat pelesenan dan penggunaan premis.

MBIP memaklumkan tindakan itu melibatkan kesalahan termasuk tiada lesen perniagaan, menjalankan aktiviti yang tidak selaras dengan kelulusan serta mempamerkan papan iklan yang tidak menepati syarat lesen.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan selepas semua proses undang-undang dipatuhi.

“Tempoh sesuatu premis beroperasi tidak bermakna semua aktivitinya sentiasa mematuhi syarat lesen. Apabila ketidakpatuhan dikenal pasti, tindakan mesti diambil tanpa kompromi,” menurut kenyataan itu.

Beliau turut menegaskan Johor kekal mengalu-alukan pelaburan berkualiti tinggi, namun tidak akan sesekali berkompromi terhadap pematuhan undang-undang.

“Tiada mana-mana pelabur, syarikat atau organisasi boleh diletakkan mengatasi kedaulatan undang-undang negara,” ujar beliau dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Onn Hafiz menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan berkaitan meneruskan siasatan terhadap sebarang penyalahgunaan pasport kedua, salah nyata identiti, pelanggaran syarat kemasukan atau kesalahan lain di bawah undang-undang Malaysia.

Kementerian Digital dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap status Malaysia Digital atau sebarang pengiktirafan yang diberikan kepada organisasi itu sekiranya didapati berlaku ketidakpatuhan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading