Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TV ALHIJRAH TERUS KOMITED BERDAKWAH MENERUSI PROGRAM REALITI

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH TERUS KOMITED BERDAKWAH MENERUSI PROGRAM REALITI

Selepas kejayaan ‘Hijrahkan Laguku’ dan ‘Akademi Daie Muda YADIM’, TV Alhijrah terus mengorak langkah dalam menyajikan penonton setia dengan menampilkan program realiti baharu berkonsepkan keusahawanan iaitu ‘Taikun Muda’.

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan ‘Hijrahkan Laguku’ dan ‘Akademi Daie Muda YADIM’, TV Alhijrah terus mengorak langkah dalam menyajikan penonton setia dengan menampilkan program realiti baharu berkonsepkan keusahawanan iaitu ‘Taikun Muda’.

Taikun Muda merupakan sebuah program realiti TV yang melibatkan 11 usahawan muda yang bersaing dalam merebut geran perniagaan bernilai RM50,000 serta program bimbingan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah Namanzee Harris, antara tujuan utama penghasilan program Taikun Muda ialah untuk melahirkan usahawan yang mempunyai kualiti dan integriti dalam menyelusuri isu dunia perniagaan.

“Sangat penting untuk berjuang dalam mengetengahkan cara pemasaran yang berintegriti, dan mengutamakan kebertanggungjawaban berbanding kaedah ‘asal viral’.

“Secara tidak langsung, TV Alhijrah menyediakan program realiti yang mendepani isu dan cabaran semasa melalui penghasilan program-program yang menepati cita rasa penonton TV Alhijrah,” katanya.

Taikun Muda yang menampilkan hos Arja Lee akan ditayangkan melalui saluran TV Alhijrah bermula 23 Februari, setiap Rabu jam 9.30 malam.

Sebelum ini, TV AlHijrah menerbitkan sebuah rancangan pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti, Hijrahkan Laguku dengan menampilkan artis-artis yang telah berhijrah.

Program tersebut sebagai platform dalam menyebarkan dakwah dengan lebih kreatif, mengikut peredaran zaman dan kehendak penonton serta selari dengan tuntutan syarak.

Manakala Akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) pula sebuah program realiti pencarian pendakwah-pendakwah muda yang berilmu dan celik teknologi dengan berkonsepkan ‘Tekno Daie’.

Akademi Daie Muda YADIM kini berada di peringkat separuh akhir dan disiarkan pada hari Sabtu jam 9 malam di saluran TV Alhijrah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading