Connect with us

ALHIJRAH NEWS

GHUSL AL-KAABA SELESAI, MENYAMBUNG TRADISI SEJAK ZAMAN NABI

UTAMA

GHUSL AL-KAABA SELESAI, MENYAMBUNG TRADISI SEJAK ZAMAN NABI

Pembersihan itu dilaksanakan dalam tiga peringkat melibatkan penggunaan air, minyak serta wangian khas yang disediakan khusus untuk ritual berkenaan.

MAKKAH: Kaabah di Masjidilharam, Makkah, telah dibersihkan dalam upacara tahunan Ghusl al-Kaaba yang berlangsung pada Selasa bermula selepas solat Subuh.

Upacara berkenaan diketuai oleh Putera Saud bin Mishal bin Abdulaziz bagi pihak Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Pembersihan itu dilaksanakan dalam tiga peringkat melibatkan penggunaan air, minyak serta wangian khas yang disediakan khusus untuk ritual berkenaan.

Pada peringkat pertama, persediaan teknikal dijalankan termasuk penyediaan campuran bahan pembersihan serta pengangkatan bahagian bawah tirai pintu Kaabah bagi melindungi Kiswah. Proses itu menggunakan 20 liter air Zamzam dan 80 mililiter minyak oud khas.

Peringkat kedua menyaksikan bahagian dalam Kaabah termasuk dinding, tiang dan lantai dibersihkan menggunakan kain khas yang dicelup dalam campuran air Zamzam dan air mawar Taif. Antara bahan yang digunakan ialah 540 mililiter air mawar Taif, 11 liter minyak wangi khas Kaabah serta 3 mililiter kasturi.

Pada peringkat terakhir, bahagian dinding dan sudut Kaabah disapukan dengan minyak oud, selain ruang dalamnya diasapi dengan kemenyan bakhoor premium. Proses ini turut menggunakan 500 mililiter minyak mawar Taif dan 500 gram bakhoor.

Upacara Ghusl al-Kaaba ini merupakan kesinambungan tradisi sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan terus diamalkan sebagai antara ritual keagamaan paling penting di Masjid al-Haram. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading