Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO TULAR SALJI TURUN DI MAKKAH PALSU

DUNIA

VIDEO TULAR SALJI TURUN DI MAKKAH PALSU

Video tular di media sosial memaparkan salji turun di Masjidil Haram, Makkah adalah palsu.

MAKKAH: Video tular di media sosial memaparkan salji turun di Masjidil Haram, Makkah adalah palsu.

Jabatan Kaji Cuaca Arab Saudi dalam kenyataan memaklumkan suhu di Makkah ketika ini adalah 30 darjah celcius.

Tegas jabatan itu ia adalah mustahil bagi kawasan tersebut untuk dilanda salji.

Video tersebut dikatakan telah disunting secara teknikal menggunakan ‘filter’ yang kelihatan seakan realiti.

Rantau itu juga tidak bersedia dari segi iklim untuk hujan salji, katanya.

Video tersebut tular kerana Arab Saudi kini terjejas dengan keadaan cuaca tidak stabil dan hujan dijangka turun Makkah.

Sebelum ini, Saudi Gazzete melaporkan Pusat Kaji Cuaca Nasional Arab Saudi meramalkan hujan lebat di beberapa kawasan di negara tersebut termasuk Makkah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading