Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: DUA VARIAN UTAMA DI CHINA DIKESAN DI MALAYSIA – KP KESIHATAN

DALAM NEGARA

COVID-19: DUA VARIAN UTAMA DI CHINA DIKESAN DI MALAYSIA – KP KESIHATAN

Dua varian COVID-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Dua varian COVID-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.

“Walau bagaimanapun, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1.

“Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya perkara tersebut akan diumumkan dengan segera oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada semua negara anggota WHO serta penduduk secara am.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan kedua-dua varian berkenaan merangkumi lebih 80 peratus daripada varian menular di China pada masa ini.

“Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO.

“Walau bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China,” katanya lagi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading