Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VOLKSWAGEN TIBA-TIBA TERBAKAR, PEMANDU SEMPAT KELUAR

DALAM NEGARA

VOLKSWAGEN TIBA-TIBA TERBAKAR, PEMANDU SEMPAT KELUAR

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas pemandu berusia 44 tahun sempat keluar menyelamatkan diri daripada kenderaannya sebaik melihat asap daripada bahagian depan kereta.

Sumber Gambar: Ihsan BOMBA

SUNGAI BULOH: Sebuah kenderaan jenis Volkswagen GT terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian di Kilometer 453 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Sungai Buloh hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas pemandu berusia 44 tahun sempat keluar menyelamatkan diri daripada kenderaannya sebaik melihat asap daripada bahagian depan kereta.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 12.52 tengah hari.

“Sebuah jentera dengan kekuatan lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

“Pemandu dapat keluar dan menyelamatkan diri sebaik mendapati asap keluar daripada panel hadapan kereta,” katanya.

Menurut beliau tahap kemusnahan kenderaan tersebut dianggarkan kira-kira 80 peratus.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading