Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS KERUGIAN RM25,000 AKIBAT DISAMUN

DALAM NEGARA

WARGA EMAS KERUGIAN RM25,000 AKIBAT DISAMUN

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas kerugian kira-kira RM25,000 selepas disamun dua lelaki warganegara yang bersenjatakan parang dan menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru hitam. 

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata pada 12.30 tengah hari tadi, pihak polis telah mengesan satu video tular di media sosial memperlihatkan kejadian samun berkawan melibatkan mangsa seorang wanita warga emas di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

“Hasil semakan mendapati kejadian samun ini berlaku pada hari yang sama, jam lebih kurang 9.00 pagi.

“Aksi di dalam video tersebut menunjukkan suspek telah menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa dengan menggunakan gunting pemotong sebelum melarikan diri menaiki motosikal nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan luka di tangan dan beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam. 

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading