WANITA PATAH TANGAN, KAKI DISERANG GAJAH LIAR DI GERIK

IPOH: Seorang wanita Orang Asli patah tangan dan kaki dipercayai akibat diserang seekor gajah liar di Kampung Katong Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di Gerik, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata mangsa berusia 30 tahun itu mengalami patah tangan dan kaki kanan serta lebam di bahagian perut akibat diserang gajah liar di belakang rumahnya dalam kejadian kira-kira 6.30 petang.

“Mangsa pergi ke belakang rumahnya untuk mencari durian. Jarak kebun dengan rumah lebih kurang 20 meter.

“Tanpa disedari mangsa telah diserang dan ditendang oleh seekor gajah yang berada di tempat berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. — AlHijrah Online

Leave a Reply