HARGA MAKSIMUM MINYAK MASAK BOTOL 5KG DIJUAL RM34.70 PADA OGOS
KUALA LUMPUR: Minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (5kg) akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula dari 8 Ogos, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pasukan khas itu di Parlimen hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (5kg) akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula dari 8 Ogos, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi bulan Ogos.
“Berdasarkan penentuan harga ini mulai hari ini, penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian, bermakna 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini hari ini.
Bagaimanapun, Annuar berkata harga berkenaan hanya berkuat kuasa untuk Semenanjung Malaysia.
Sementara itu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata dengan pengumuman itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil langkah-langkah berikutnya untuk mewartakan harga berkenaan.
Katanya kaedah sama akan dikekalkan pada bulan-bulan akan datang, dengan harga maksimum berkenaan akan berubah setiap bulan berdasarkan harga semasa CPO yang diumumkan oleh MPOB setiap awal bulan.
“Bagi peniaga yang gagal mematuhi penetapan harga maksimum ini, KPDNHEP boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ada,” katanya sambil menyatakan jadual harga maksimum bagi minyak masak botol 1kg hingga 3kg akan dikeluarkan oleh KPDNHEP.
Minggu lalu kerajaan memutuskan untuk mewartakan harga maksimum minyak masak dalam botol, bagi memastikan produk itu mempunyai harga maksimum dari semasa ke semasa dan bagi membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.