Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS DITEMUKAN MAUT, DIPERCAYAI DIBUNUH

DALAM NEGARA

WARGA EMAS DITEMUKAN MAUT, DIPERCAYAI DIBUNUH

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata mayat lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditemukan seorang wanita tempatan kira-kira 3 petang selepas menghidu bau busuk dari rumah mangsa.

Gambar HIASAN

KUALA LUMPUR: Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata mayat lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditemukan seorang wanita tempatan kira-kira 3 petang selepas menghidu bau busuk dari rumah mangsa.

“Hasil siasatan awal pihak forensik mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala, telinga dan bahagian belakang badan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Wan Azlan berkata hasil pemeriksaan mendapati telefon bimbit mangsa tidak dijumpai namun tiada barangan lain yang hilang dari rumah berkenaan.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP R. Ray Erindra Raj di talian 019-6616640 atau balai polis berhampiran. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading