Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TINGKATAN DUA MENINGGAL DUNIA SELEPAS PENGSAN SEMASA KE KANTIN

DALAM NEGARA

PELAJAR TINGKATAN DUA MENINGGAL DUNIA SELEPAS PENGSAN SEMASA KE KANTIN

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika waktu rehat, dan pelajar tingkatan dua bukan Islam itu yang juga atlet bola tampar sekolah sedang berjalan ke kantin.

Gambar hiasan

MELAKA: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia selepas pengsan ketika berjalan ke kantin pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika waktu rehat, dan pelajar tingkatan dua bukan Islam itu yang juga atlet bola tampar sekolah sedang berjalan ke kantin.

“Mangsa tiba-tiba pengsan berhampiran padang sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. 

“Bantuan pernafasan (CPR) turut diberikan selama 30 minit namun gagal menyelamatkan nyawa dan doktor yang merawatnya mengesahkan pelajar berkenaan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata sebelum kejadian pelajar berkenaan dikatakan mengikuti kelas pendidikan jasmani pada waktu pagi dan tiada unsur jenayah dikesan.

“Kita sedang menunggu laporan lengkap makmal untuk mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading