ISRAEL SEKAT BANTUAN, 63,000 TAN MAKANAN MASIH MENANTI KEBENARAN MASUK KE GAZA – PBB
Badan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa sebanyak 63,000 tan metrik makanan masih menanti kebenaran untuk masuk ke Gaza, mencukupi bagi menyokong 1.1 juta orang selama dua hingga tiga bulan.
NEW YORK: Badan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa sebanyak 63,000 tan metrik makanan masih menanti kebenaran untuk masuk ke Gaza, mencukupi bagi menyokong 1.1 juta orang selama dua hingga tiga bulan.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) memaklumkan bahawa sekatan bantuan selama 12 hari telah menghalang operasi bantuan.
“Ini bermakna, sebagai contoh, Program Makanan Sedunia (WFP) tidak dapat menghantar bekalan makanan ke Gaza kerana semua lintasan sempadan ditutup bagi penghantaran kemanusiaan dan komersial.
“WFP kini mempunyai 63,000 tan metrik makanan yang diperuntukkan untuk Gaza, sama ada dalam simpanan atau sedang dalam perjalanan di rantau ini,” menurut kenyataan OCHA.
WFP juga melaporkan bahawa mereka mempunyai bekalan mencukupi untuk menyokong operasi dan dapur komuniti selama sebulan, serta mampu menyediakan pek makanan segera untuk lebih 500,000 orang selama dua minggu.
Selain kekurangan makanan, kekurangan bahan api turut menghalang pergerakan kenderaan bantuan dan memperlahankan operasi pasukan penyelamat.
OCHA turut memberi amaran bahawa bekalan oksigen dan penjana elektrik sangat diperlukan bagi memastikan operasi menyelamat di hospital-hospital di Gaza dapat diteruskan.
Sekurang-kurangnya dua dozen penjana tambahan diperlukan untuk pusat kesihatan, manakala peralatan sedia ada memerlukan penyelenggaraan dan alat ganti.
Sementara itu, di Tebing Barat OCHA memberi amaran bahawa keganasan oleh pendatang Israel semakin meningkat, mengakibatkan kecederaan, kerosakan harta benda dan meningkatkan risiko penduduk Palestin hilang tempat tinggal.
Dalam tempoh dua tahun terakhir, lebih 2,000 penduduk Palestin dipaksa meninggalkan kediaman mereka di Tebing Barat akibat keganasan pendatang dan sekatan akses.
Di bahagian utara Tebing Barat, operasi tentera Israel kini memasuki minggu kelapan, dengan lebih ramai penduduk dipaksa berpindah.
Sejak Isnin lalu, operasi ketenteraan di bandar Jenin semakin meningkat, menyebabkan lebih 500 penduduk terpaksa meninggalkan tiga kejiranan di bahagian timur bandar itu, menurut pihak berkuasa tempatan.
“Kebuluran semakin membimbangkan apabila operasi tentera Israel, pemindahan penduduk dan sekatan pergerakan terus menghalang akses kepada makanan,” kata OCHA.
Selain itu, OCHA turut melaporkan peningkatan mendadak pemusnahan struktur milik rakyat Palestin di Tebing Barat sejak 10 hari pertama Ramadan.
Jumlah bangunan yang dirobohkan sepanjang Ramadan tahun ini sudah melebihi jumlah keseluruhan bagi Ramadan 2024. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked