MALAYSIA PERLUKAN UNDANG-UNDANG PENGURANGAN SISA MAKANAN – LEE LAM THYE
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata, berdasarkan kajian terkini rakyat Malaysia membazirkan kira-kira 16,688 tan makanan setiap hari, dengan hampir 60 peratus daripadanya boleh dielakkan.
KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan segera undang-undang berkaitan pengurangan sisa makanan bagi menangani tahap pembaziran makanan yang membimbangkan, kata Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata berdasarkan kajian terkini rakyat Malaysia membazirkan kira-kira 16,688 tan makanan setiap hari, dengan hampir 60 peratus daripadanya boleh dielakkan.
“Undang-undang ini perlu menetapkan matlamat yang jelas untuk mengurangkan pembaziran makanan, mewajibkan perniagaan untuk membuat laporan dan menyediakan garis panduan untuk sumbangan makanan dan kitar semula.
“Ia juga perlu merangkumi denda untuk pembaziran berlebihan dan pemberian insentif untuk perniagaan serta individu yang mengamalkan amalan lestari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lee berkata pembaziran makanan merupakan krisis alam sekitar dan ekonomi, manakala pengeluaran, pengangkutan, dan pelupusan makanan yang dibazirkan menyumbang kepada pelepasan karbon yang tinggi.
“Dengan mengurangkan pembaziran makanan, kita mampu mengurangkan jejak karbon dan perubahan iklim. Perundangan dapat menguatkuasakan amalan lestari di seluruh rantaian bekalan makanan, dari pengeluaran hingga penggunaan,” katanya.
Lee berkata perundangan juga boleh memberikan insentif kepada perniagaan untuk mengamalkan langkah pengurangan pembaziran seperti pengurusan inventori yang lebih baik dan sumbangan makanan lebihan kepada golongan memerlukan, di samping menggalakkan pengagihan semula kepada badan amal dan bank makanan.
“Malaysia telah mengesahkan komitmen terhadap usaha mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk sasaran untuk mengurangkan separuh jumlah pembaziran makanan menjelang 2030. Tanpa perundangan, kita berisiko gagal mencapai sasaran ini. Kerangka undang-undang akan menyediakan struktur dan akauntabiliti yang diperlukan bagi mencapai sasaran terbabit,” katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan membangunkan kemudahan bagi pengkomposan, pencernaan anaerobik, dan kaedah kitar semula sisa makanan lain, serta melabur dalam penyelidikan bagi teknologi baharu dalam pemeliharaan makanan, pembungkusan, dan pengurusan rantaian bekalan untuk mengurangkan pembaziran dengan lebih efektif.
“Marilah kita bertindak sekarang bagi memastikan generasi akan datang mewarisi sebuah negara dengan sumber dihargai dan tiada sesiapa yang kelaparan. Marilah kita bertekad untuk mengurangkan pembaziran makanan dan mewujudkan masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.