LONDON: Program Makanan Sedunia (WFP) pada Khamis memberi amaran bahawa ancaman kebuluran masih berterusan di Gaza di tengah-tengah penderitaan rakyatnya.
“Dengan tibanya musim sejuk, setiap hari adalah perjuangan untuk bertahan hidup. Kelaparan terus merebak dan ancaman kebuluran tetap wujud,” kata agensi PBB itu menerusi hantaran di X.
WFP menyuarakan kebimbangan bahawa usaha untuk membawa masuk bekalan penting menghadapi cabaran yang semakin meningkat dan menyeru agar situasi ini dihentikan.
Awal minggu ini, WFP memberi amaran bahawa satu juta orang berisiko hilang sokongan penting sekiranya aliran bantuan tidak disambung semula.
“Bantuan yang memasuki Semenanjung Gaza merosot ke paras terendah dalam beberapa bulan, memaksa WFP menghentikan pengagihan bungkusan makanan pada Oktober,” kata WFP dalam satu kenyataan.
WFP memaklumkan terdapat kira-kira 100,000 tan makanan ditempatkan di pelbagai koridor — Jordan, Ashdod dan Mesir — yang mencukupi untuk memberi makan lebih sejuta orang selama lima bulan, namun penutupan di pintu masuk lintasan, isu keselamatan dan gangguan laluan di pintu masuk mengehadkan penghantaran bantuan.
“Dengan musim sejuk semakin menghampiri, dan setelah melalui satu tahun konflik, penduduk Gaza mendapati diri mereka tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi, tanpa bahan api dan dengan bantuan yang sangat terhad,” menurut kenyataan itu.
WFP turut menyuarakan “kebimbangan mendalam” mengenai perkembangan semasa di Tebing Barat, memandangkan situasi di sana semakin meruncing dan tidak menentu.
“Operasi ketenteraan berskala besar Israel, sekatan pergerakan dan peningkatan keganasan oleh pendatang Yahudi menyumbang kepada peningkatan kelaparan,” menurut WFP.
Israel terus melancarkan serangan ganas di Gaza sejak 7 Okt tahun lalu, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata serta-merta.
Lebih 42,000 orang terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 97,700 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Serangan besar-besaran oleh Israel menyebabkan hampir keseluruhan penduduk Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal, di tengah-tengah sekatan berterusan yang menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Israel kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakannya di Gaza. – Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests