Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WUJUD JAWATANKUASA KHAS PANTAU AKTIVITI BASIKAL LAJAK – MAJLIS BELIA SABAH

DALAM NEGARA

WUJUD JAWATANKUASA KHAS PANTAU AKTIVITI BASIKAL LAJAK – MAJLIS BELIA SABAH

KOTA KINABALU : Majlis Belia Sabah (MBS) mencadangkan satu jawatankuasa pemantau di peringkat kampung atau taman perumahan diwujudkan untuk memantau aktiviti kanak-kanak terutama basikal lajak yang kini semakin membimbangkan.

Timbalan Presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan berkata pihaknya mendapati aktiviti basikal lajak mula menular di Sabah dan ia perlu diawasi sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini termasuk kemalangan meragut nyawa.

“Saya sendiri ada melihat sekumpulan kanak-kanak melakukan aktiviti basikal lajak di beberapa kawasan di daerah ini dan situasi ini sangat membimbangkan kerana terdapat beberapa kejadian sebelum ini sehingga meragut nyawa.

“Saya mencadangkan jawatankuasa pemantau ini diwujudkan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kerana terdapat exco pemantau sedia ada dalam MPKK. Selain membantu pihak berkuasa memantau aktiviti jenayah, mereka juga boleh memantau aktiviti tidak sihat seperti basikal lajak,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Abqaree Fawwaz, yang juga Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan, berkata berbasikal adalah satu aktiviti sihat dan perlu digalakkan sekiranya ia tidak membahayakan dan menyalahi undang-undang seperti basikal lajak.

“Saya percaya dengan kerjasama daripada semua pihak kita mampu lahirkan serta mencungkil bakat anak muda ini untuk disalurkan ke tempat yang betul dan mungkin akan menjadi pelumba basikal kebanggaan Sabah suatu hari nanti,” tambahnya. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading