YASIN SULAIMAN KEKAL BEBAS HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP, KEMBALI KE HOSPITAL BAHAGIA
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan komposer serta penyanyi nasyid Muhammad Yasin Sulaiman dan menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadapnya bagi tiga kesalahan berkaitan dadah.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan komposer serta penyanyi nasyid Muhammad Yasin Sulaiman dan menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadapnya bagi tiga kesalahan berkaitan dadah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Muhammad Yasin serta mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen.
Pada 2023, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan penyanyi ‘Mimpi Laila’ berusia 49 tahun itu daripada semua pertuduhan dan memerintah beliau ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak di bawah perkenan Sultan Selangor.
Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah itu, Che Mohd Ruzima berkata dakwaan bahawa Muhammad Yasin menghidap gangguan bipolar bukan hanya sekadar omongan kosong.
Beliau berkata berdasarkan sejarah perubatannya, empat hospital telah mengesahkan bahawa Muhammad Yasin menghidap gangguan bipolar yang dikesan antara 2007 dan 2013.
Che Mohd Ruzima juga berkata ini menunjukkan bahawa Muhammad Yasin mengalami relaps dan telah menerima rawatan.
“Kami mendapati bahawa meskipun perayu melakukan kesalahan seperti yang didakwa, beliau tidak boleh disabitkan kerana ketidakupayaan mentalnya ketika kejadian,” katanya.
Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam menangani isu ketaksiuman daripada segi perundangan berdasarkan keterangan Dr Ian Llyod Anthony yang merupakan perunding psikiatri forensik dari Hospital Bahagia Ulu Kinta.
“Kami mendapati bahawa Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila mengetepikan keputusan hakim bicara yang dibuat berdasarkan bukti yang dikemukakan,” katanya.
Hakim itu juga berkata keterangan Dr Ian dan laporan perubatan beliau mengenai keadaan gangguan bipolar Muhammad Yasin bukan dengar cakap atau khabar angin.
Pada 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Faiz Dziyauddin telah membebaskan Muhammad Yasin daripada semua pertuduhan atas alasan ketika kejadian, penyanyi itu berada dalam keadaan tak sempurna akal meskipun beliau menyedari tindakannya.
Tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwaan dan mensabitkan Muhammad Yasin atas tiga pertuduhan menanam pokok ganja, memiliki serta mengambil dadah berbahaya.
Beliau telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan enam sebatan bagi kesalahan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik manakala bagi kesalahan memiliki 193.7 gram ganja, Muhammad Yasin dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dengan 10 sebatan
Selain itu, beliau dijatuhi hukuman penjara 10 bulan bagi kesalahan mengambil dadah berbahaya.
Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Kee Wei Lon, Low Wei Loke dan Ee Gen You mewakili Muhammad Yasin manakala Timbalan Pendakwa Raya Sarulatha Paramavathar hadir bagi pihak pendakwaan.
Di luar mahkamah, Zain Sulaiman iaitu abang sulung Muhammad Yasin memaklumkan media bahawa ini adalah hari yang bermakna buat penyanyi itu selepas tiga tahun meringkuk dalam penjara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked