Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENTERA ISRAEL TERUS MENGGANAS DI JENIN DAN KEM PELARIAN SELAMA 97 HARI BERTURUT-TURUT

DUNIA

TENTERA ISRAEL TERUS MENGGANAS DI JENIN DAN KEM PELARIAN SELAMA 97 HARI BERTURUT-TURUT

Israel meneruskan serangan ke atas bandar Jenin dan kem pelarian untuk 97 hari berturut-turut, dengan melakukan pemusnahan besar-besaran dan membakar rumah serta menjadikan sebahagiannya sebagai pos kawalan tentera.

JENIN: Israel meneruskan serangan ke atas bandar Jenin dan kem pelarian untuk 97 hari berturut-turut, dengan melakukan pemusnahan besar-besaran dan membakar rumah serta menjadikan sebahagiannya sebagai pos kawalan tentera, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Jenin, Bashir Matahen berkata 20 keluarga di kejiranan Al-Zahraa dipaksa mengosongkan kediaman mereka pada Ahad untuk dijadikan pos tentera.

Setakat ini, kira-kira 600 rumah musnah sepenuhnya, manakala selebihnya mengalami kemusnahan separa sehingga tidak lagi boleh didiami.

Kem itu kini dikelilingi oleh empat pintu pagar besi dan timbunan tanah, menjadikannya zon tentera tertutup manakala aktiviti keluar masuk adalah dilarang sama sekali.

Matahen turut memaklumkan bahawa jumlah pelarian yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka dari kem dan bandar Jenin telah melebihi 22,000 orang.

Sejak serangan Israel ke atas Jenin dan kem pelarian bermula, seramai 39 rakyat Palestin terkorban, puluhan lagi cedera dan ramai ditahan dalam serangan yang masih berterusan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading