Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Zionis halang penganut Kristian masuk Tebing Barat

DUNIA

Zionis halang penganut Kristian masuk Tebing Barat

Penganut Kristian meraikan sambutan Hari Easter di sebuah gereja di Gaza City. – Foto Sinar Harian

RAMALLAH – TEBING BARAT, 22 April – Pihak berkuasa Israel menolak permohonan permit ratusan penduduk Kristian Palestin dari Gaza untuk masuk ke Tebing Barat, semalam.

Mereka merancang melawat tapak suci di Baitulmaqdis dan Baitulaham sempena sambutan Hari Easter.

Susulan larangan itu, penganut Kristian Palestin sekadar meraikan Hari Easter di Gaza City.

Sinar Harian yang memetik laporan agensi berita menyebutkan tindakan Israel itu bukan perkara baru kerana sebelum ini mereka turut mengenakan larangan sama ke atas penduduk Islam.

Hanya penduduk lelaki Islam berumur 50 tahun ke atas dan wanita dibenarkan memasuki Masjid al-Aqsa di kota lama Baitulmaqdis.

Mereka hanya dibenarkan memasuki masjid tersebut menerusi sebuah pintu yang dikhaskan untuk mereka.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading