Mengingatkan kita kepada detik-detik perjuangan negara- bangsa. Menjanjikan kepada Umat Melayu dan rakyat Malaysia hari ini erti kemakmuran sekiranya nilai-nilai penyatuan bangsa tersemat dalam sanubari kita.
Nilai perpaduan rakyat teruji apabila perjuangan memburu kemerdekaan perlu ditempuh sekali lagi ketika kita terpaksa bertarung dengan wabak COVID-19.
Perjuangan membasmi penyakit ini memerlukan satu pengorbanan teguh semua rakyat negara ini bersatu hati prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan komuniti kita menghadapi dugaan-dugaan ini.
Bagi golongan warga muda atau belia, perjuangan menghadapi “peperangan wabak” ini memerlukan satu pengorbanan besar, lebih-lebih lagi dianggarkan 30 peratus daripada mereka telah kehilangan pekerjaan, terpaksa menanggung implikasi akibat penularan wabak tersebut.
Selain daripada melancarkan program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan bahawa suara belia diperkasakan apabila belia bakal diiktiraf sebagai Senator di Dewan Negara dan bebas menyuarakan pandangan mereka dalam kerajaan.
Tidak terkecuali sebelum itu, kita menyaksikan golongan belia ampuh apabila mereka diangkat menjawat jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan, GLC dan organisasi swasta.
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, misalnya telah menyaksikan bagaimana kerajaan mengiktiraf peranan beliau untuk menganggotai kabinet dan memimpin Kementerian Belia dan Sukan.
Justeru, golongan belia di negara ini harus bangkit menanamkan keyakinan kepada masyarakat bahawa mereka mampu berkhidmat dan menyumbang bakti kepada negara bangsa mahupun di peringkat antarabangsa.
Sepuluh cabaran utama yang saya nyatakan di bawah ini adalah keutamaan untuk memperkasakan golongan belia untuk terus lebih maju memacu halatuju dan masa depan negara dan generasi kita pada masa akan datang.
Cabaran pertama ialah memupuk semangat patriotisme,kesetiaan dan kecintaan kepada negara. Belia perlu bersatu hati membina satu kefahaman yang meluas untuk memakmurkan kesejahteraan rakyat menerusi penghayatan terhadap Rukun Negara yang merupakan teras pembinaan warga negara Malaysia.
Cabaran kedua ialah mencipta dan membangunkan budaya kepemimpinan yang berteraskan sifat tanggungjawab, peduli dan menghayati kebebasan yang dinikmati tanpa berperasangka sesama mereka yang disebabkan oleh terlalu taksub dengan dunia materialisme hari ini.
Cabaran ketiga ialah menyemarakkan semangat juang, berdikari dan mampu bersaing sesama mereka dengan mengukuhkan imej dan identiti positif baru belia untuk menguasai cabaran mendatang.
Sementara itu, cabaran keempat ialah belia harus bangkit membina platform terbaik untuk membolehkan mereka mendekati kerja-kerja kesukarelawanan sebagai balasan menyumbang bakti kepada negara. Ini akan meningkatkan tahap prihatin dan patriotisme belia kepada warga negaranya.
Cabaran kelima pula ialah kerajaan menerusi agensi-agensinya perlu menyediakan lebih banyak strategi untuk membolehkan belia mengimbangi tuntutan globalisasi dan perubahan teknologi drastik dengan penguasaan ilmu yang tinggi.Belia harus berupaya untuk menterjemah keperluan teknologi hari ini dengan tuntutan sosial supaya apa yang mereka sumbangkan nanti dapat memenuhi wawasan negara untuk generasi hari ini dan akan datang.
Cabaran keenam ialah belia perlu mengutamakan institusi keagamaan,kekeluargaan dan komuniti sebagai teras pendorong peradaban kelangsungan hidup.
Cabaran ketujuh yang harus diutamakan golongan belia hari ini ialah membina penyatuan dinamik menerusi penglibatan mereka dalam pertubuhan-pertubuhan sosial menerusi pemupukan semangat kerja yang produktif, progresif dan cemerlang.
Sementara itu pula cabaran kelapan ialah melahirkan belia Malaysia sebagai agen perhubungan komunikasi di pentas global menerusi penyertaan mereka dalam bidang-bidang profesional dan kesukanan.
Cabaran kesembilan ialah memastikan golongan belia berperanan memelihara warisan budaya,bangsa dan negara dengan menyemarakkan budaya ilmu dan ketamadunan bangsa kepada mereka tanpa mengira kaum.
Akhir sekali cabaran kesepuluh ialah menjana peranan kerajaan dan masyarakat membentuk suasana kondusif dengan menyokong menyediakan kemahiran teknologi dan meningkatkan profesionalisme dalam jurusan-jurusan kerjaya yang diceburi. Belia harus dibimbing menjadi para tekno-usahawan yang berdaya maju dan mampu bersaing di peringkat dunia bagi melestarikan kedupan mereka mendepani cabaran-cabaran dan konflik yang mendatang.
Sesungguhnya kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah suatu ujian besar buat belia kita. Sekiranya masyarakat bersedia memahami dan menyokong peranan belia dalam mewarnai kehidupan di negara ini, sudah tentu kita akan berbangga mencipta anak-anak warisan yang menyumbang kepada kemartabatan bangsa dan kemakmuran negara. — AlHijrah Online.
Penulis adalah pensyarah kanan yang juga Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan Industri Kreatif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager