Siapa gemar tonton persidangan Dewan Rakyat yang sedang rancak berlangsung?
Tidak kiralah menerusi saluran media rasmi kerajaan, mahu pun di media sosial dan platform-platform lain, rakyat Malaysia pastinya menaruh harapan agar pelbagai persoalan dan permasalahan rakyat diutarakan, sekali gus mendorong pencarian penyelesaian di dewan itu dengan lebih berkesan.
Menarik, memang menarik untuk ditonton. Namun apabila ada ‘scene’ ahli-ahli parlimen berdebat, ada unsur perli-memerli, ejek-mengejek dan berbicara perkara yang tidak sepatutnya sehingga lari dari konteks perbahasan, maka ada sesuatu yang tidak kena dan perlu diperbaiki.
Itulah senario semasa, sejak bermulanya sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, yang memperlihatkan pelbagai usul, perbahasan, perdebatan dalam kalangan wakil rakyat yang kita sendiri pilih.
Penulis pasti, ramai yang gemar menonton babak-babak ‘bertikam lidah’ sesama anggota parlimen, apatah lagi tontonan di laman Youtube dan media sosial tentang sesi parlimen Malaysia sering kali mendapat tontonan tinggi.
Aksi berbalas ‘serangan’ antara kumpulan kerajaan dengan pembangkang memang seronok untuk dilihat, namun wajarkah ia berlaku? Patutkah Dewan Rakyat dijadikan platform melempiaskan segala ketidakpuasan hati ahli-ahli Yang Berhormat, lebih-lebih lagi isu yang berkait kepentingan politik?
Rakyat sentiasa memerhati dan menilai. Tidak kurang juga yang mempersoal profesionalisme dan kredibiliti wakil-wakil rakyat ketika berbahas, lebih-lebih lagi di dalam Parlimen.
Dewan Rakyat sering disebut dewan yang mulia. Kerana di situlah pelbagai ketetapan, kelulusan, perbincangan usul dibuat. Penulis yakin, semua ahli-ahli Yang Berhormat memahami peraturan-peraturan dewan dan ‘do’s and don’ts’ dalam mesyuarat-mesyuarat yang dilangsungkan.
Penulis baru-baru ini berbicara bersama Pengerusi TV AlHijrah, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub mengenai isu kualiti perbahasan para YB kita di parlimen. Bagaikan kecewa dengan situasi di Parlimen itu, Hussamuddin yang cakna tentang isu ini berkata perbahasan ahli parlimen sepatutnya bermutu, lebih serius dan beradab, bukan sebaliknya!
“Saya malu dengan anak cucu saya apabila saya tengok perangai segelintir ahli-ahli parlimen ketika mereka berdebat. Komen-komen yang tidak perlu itu, lebih baik diam sahaja”.
Bagi Hussamuddin, perkara-perkara yang tidak penting untuk dibincang, tidak perlu dibangkitkan kerana ia hanya membazir masa di Dewan Rakyat sahaja.
“Jangan bazirkan masa anggota parlimen, dan juga waktu rakyat yang sedang menonton”.
Hussamuddin sebelum ini lantang di media sosial mengkritik anggota-anggota parlimen yang dilihat memekik, menjerit, biadab serta berhujah bodoh dan tidak berhemah.
Sumber: Twitter Hussamuddin Yaacub
Beliau juga mahu rakyat menilai tindak-tanduk para YB ini, dan menasihatkan pengundi supaya elak memilih mereka lagi berikutan sikap dan minda kelas tiga yang ditampilkan di pentas Dewan Rakyat.
Walau apa pun, penulis berharap kita semua renung dan lihat kualiti perbahasan di Britain, Amerika Syarikat, dan negara-negara Eropah yang lebih profesional, memiliki kredibliti dan beretika. Namun jangan pula contohi insiden-insiden baling kerusi, bergaduh dan bercakaran sesama anggota parlimen, sebagai mana berlaku di Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan.
Wakil rakyat di Malaysia kena sedar, setiap tindak tanduk mereka di Parlimen ditonton dan dinilai rakyat. Maka, tampilkanlah keperibadian mulia, profesional dan bertanggungjawab.
Tingkah laku negatif juga akan beri kesan buruk kepada masyarakat, lebih-lebih lagi anak-anak muda yang berhasrat berkecimpung dalam politik dan memiliki aspirasi besar menentukan hala tuju negara tercinta.
Buat para YB, semoga terus bersidang dengan penuh wibawa dan janganlah lupa, sebagai pemimpin, agenda dan kepentingan rakyat, mengatasi segala-galanya. Teliti dan fahamilah bai’ah, akujanji mahu pun ikrar sebagai wakil rakyat dan hayatinya sebagai panduan melaksanakan tugas dan amanah sebaik mungkin, Insha Allah.
Penulis adalah Ketua Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, TV AlHijrah
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests