Connect with us

ALHIJRAH NEWS

10 CEDERA DALAM KEMALANGAN ROLLER COASTER DI TAMAN TEMA

UTAMA

10 CEDERA DALAM KEMALANGAN ROLLER COASTER DI TAMAN TEMA

Akibat kemalangan itu, 10 mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke pusat perubatan di sekitar daerah Subang Jaya untuk mendapat rawatan.

SUBANG: Seramai 10 individu termasuk pelancong luar negara cedera dalam kemalangan membabitkan permainan roller coaster di sebuah taman tema, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.45 pagi semalam, namun hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku kira-kira 9 malam, Sabtu.

Beliau berkata ketika kejadian, seramai 22 orang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong luar negara berusia antara 11 hingga 44 tahun sedang menaiki permainan kenderaan lungsur berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, 10 mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan di sekitar daerah Subang Jaya untuk mendapat rawatan.

“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan berkenaan dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-78627100 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading