KEDUTAAN SAUDI PINDAH RAKYATNYA SUSULAN PROTES DI LUBNAN
BEIRUT : Kedutaan Arab Saudi di Lubnan berkata pada Ahad sehingga kini seramai 132 warga Arab telah dipindahkan susulan protes yang berlaku di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.
Pihak kedutaan turut menasihatkan rakyatnya untuk meninggalkan Lubnan ekoran demonstrasi yang tercetus sejak 17 Oktober, memetik agensi berita Lubnan.
Lebih sejuta penduduk Lubnan mengadakan protes kerana membantah rancangan kerajaan untuk membuat pembaharuan dengan mengenakan cukai kepada rakyat. — BERNAMA