Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MP NIBONG TEBAL REBAH KETIKA BERBAHAS

DALAM NEGARA

MP NIBONG TEBAL REBAH KETIKA BERBAHAS

KUALA LUMPUR : Sesi perbahasan Dewan Rakyat petang ini dihentikan sebentar susulan Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman rebah semasa sedang berbahas.

Beliau sebelum itu dilihat terhenti seketika ketika berucap, kelihatan terhoyong-hayang dan rebah, namun sempat disambut oleh Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen.

Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh yang berada di bahagian belakang Mansor turut meluru bagi membantu ahli Parlimen berkenaan.

Melihat keadaan itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming, meminta pasukan perubatan yang berada di luar dewan supaya masuk untuk membantu memberikan rawatan awal.

Nga kemudian turut menangguhkan persidangan Dewan Rakyat lebih kurang lima minit.

Mansor dilaporkan sedar dan dipapah keluar dewan kira-kira 10 minit selepas diberikan rawatan awal itu. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading