Connect with us

ALHIJRAH NEWS

14 PEGAWAI IMIGRESEN DIBUANG KERJA, 81 DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

DALAM NEGARA

14 PEGAWAI IMIGRESEN DIBUANG KERJA, 81 DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

14 pegawai dan anggota imigresen dibuang kerja dan 81 orang dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan membabitkan salah guna kuasa dan rasuah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

PUTRAJAYA: Seramai 81 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan membabitkan salah guna kuasa dan rasuah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, termasuk 14 yang dibuang kerja.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan itu membuktikan komitmen jabatan dalam membanteras isu integriti dalam kalangan pegawainya.

“Ini menunjukkan kita memang serius dalam mengatasi masalah integriti dalam kalangan pegawai-pegawai Imigresen.

“Secara kumulatifnya, dari 2023 hingga 2026, sebanyak 834 pegawai Imigresen telah diambil tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman, dengan 69 orang daripadanya telah dibuang kerja,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zakaria mengesahkan 11 pegawai Imigresen kini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa dan rasuah.

“Kita tidak akan berkompromi… tidak kira di tahap mana mereka berada, sama ada pegawai kanan atau pegawai bawahan, tindakan yang sama tetap akan diambil. Tiada istilah pilih kasih atau melindungi mana-mana pegawai,” katanya.

Beliau berkata, semua pegawai yang ditahan akan direhatkan daripada tugas hakiki sementara menunggu siasatan SPRM selesai. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading