
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan yang dijalankan Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM.
Menurut kenyataan JIM, wanita yang dikesan ialah Nahura Aruan, 43, dengan alamat terakhir di Kampung Menteritip, 91300 Semporna, Sabah.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Ella Fazlina Mat Misiah dari Cawangan Siasatan Khas (USK 5), Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JIM di talian 03-88801211 pada waktu pejabat,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan kepada bilik gerakan JIM di talian 03-88801555 selepas waktu pejabat. — AlHijrah Online.