Connect with us

ALHIJRAH NEWS

140 PENDATANG TANPA IZIN DIHANTAR PULANG DAN DISENARAI HITAM

DALAM NEGARA

140 PENDATANG TANPA IZIN DIHANTAR PULANG DAN DISENARAI HITAM

Seramai 140 pendatang tanpa izin dari sembilan negara dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman dan turut disenaraihitamkan bagi menghalang mereka memasuki semula Malaysia.

ALOR SETAR: Seramai 140 pendatang tanpa izin yang ditahan di Depot Imigresen Belantik, Sik dihantar pulang ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah memaklumkan, kesemua mereka turut disenaraihitamkan dalam sistem JIM bagi menghalang kemasukan semula ke negara ini.

Mereka yang dihantar pulang terdiri daripada 117 lelaki, 21 wanita dan dua kanak-kanak lelaki membabitkan warga Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia, China, Vietnam, Kemboja serta Kenya.

Menurut JIM Kedah, kesemua tahanan yang ditempatkan di depot berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka telah selesai menjalani hukuman yang diperuntukkan mengikut undang-undang sebelum dihantar pulang ke negara asal.

“Kos tiket penerbangan bagi proses penghantaran pulang itu ditanggung oleh tahanan, ahli keluarga serta pihak kedutaan negara masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Program penghantaran pulang berkenaan merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan berterusan JIM Kedah dalam usaha membanteras pendatang tanpa izin di negara ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading