Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

15 MAUT DALAM SERANGAN UDARA DI GAZA

DUNIA

15 MAUT DALAM SERANGAN UDARA DI GAZA

Serangan ini dikhuatiri bakal mengulangi konflik 11 hari pada Mei 2021 yang menyebabkan kemusnahan teruk di Semenanjung Gaza.

Sumber gambar: Asyraf Abu

GAZA: Israel kembali melancarkan serangan udara ke atas Gaza awal pagi tadi waktu tempatan dan lebih 15 orang terbunuh setakat ini.

Serangan di wilayah yang dikuasai Hamas itu turut mengorbankan Komander Jihad Palestin, Tayseer Al-Jabaari dan kanak-kanak berusia lima tahun selain mencederakan hampir 80 orang.

Serangan ini dikhuatiri bakal mengulangi konflik 11 hari pada Mei 2021 yang menyebabkan kemusnahan teruk di Semenanjung Gaza.

Israel mendakwa melancarkan serangan itu kononnya bagi menghapuskan ancaman musuh yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Serangan Zionis itu bagaimanapun dibalas lebih 100 serangan roket pejuang Palestin.

Namun Israel mendakwa mereka dapat menangkis sebahagian besar roket itu yang dipintas menerusi sistem ‘Iron Dome’.

Ia merupakan serangan terburuk untuk tahun ini bagi kedua-dua pihak.

Mesir yang sekian lama menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Gaza-Israel dijangka akan memanggil wakil kedua-duanya bagi mengelak konflik berpanjangan. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading