171 WARGA TEMPATAN DISYAKI TERBABIT AKTIVITI SONGSANG DIBEBASKAN
Sebanyak 171 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan dipercayai menjadi lokasi aktiviti songsang dibebaskan selepas permohonan reman terhadap mereka ditolak oleh mahkamah pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 171 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan dipercayai menjadi lokasi aktiviti songsang dibebaskan selepas permohonan reman terhadap mereka ditolak oleh mahkamah pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata tanpa pengakuan mangsa, siasatan di bawah Seksyen 377 (persetubuhan luar tabii) dan Seksyen 372 (eksploitasi pelacuran) Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan.
“Tiada seorang pun daripada mereka mengaku sebagai mangsa eksploitasi sebab setiap kali (dalam kes) eksploitasi, pelacuran atau luar tabii, mesti ada mangsa. Tiada yang mengaku jadi mangsa, so the case is gone(kes tidak dapat diteruskan).
“Kepada penganjur, memang tidak ada kesalahan setakat ini. Semua rakyat tempatan yang terlibat pun tidak dapat reman, yang dapat reman dua hari hanya ke atas warga asing sahaja,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru, di sini hari ini.
Beliau berkata pihak polis kini melihat keperluan untuk bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain termasuk dari sudut penguatkuasaan syariah atau melibatkan mereka dalam sesi kaunseling.
“Setakat ni kita hanya minta mereka datang untuk rehab, bagi ceramah. Jadi apa yang saya lihat kalau kita tak ubah atau buat pindaan undang-undang, it’s gone. Benda ni akan berlaku lebih teruk, lebih teruk dan kami ini ambil tindakan tidak ada keberhasilan,” katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang turut hadir dalam sidang media sama, menegaskan bahawa perbuatan songsang jelas bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai MADANI.
“Ini ialah satu kesalahan moral yang sangat besar. Bukan sahaja dari sudut undang-undang tetapi dari sudut agama, memang tidak boleh diterima.
“Selain siasatan yang dibuat di bawah peruntukan Seksyen 25 Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997, peruntukan Seksyen 47 juga akan digunakan, iaitu percubaan untuk melakukan perbuatan liwat,” katanya.
Selain itu, Mohd Na’im berkata usaha pencegahan dan penguatkuasaan akan diteruskan dan diperhebatkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jumaat lepas, sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit, di sini.
Dalam serbuan itu, polis merampas kondom dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.
Premis dua tingkat terbabit beroperasi sejak lapan hingga 10 bulan lepas, dan dibuka pada 5 petang hingga 11 malam semasa hari bekerja, manakala pada hujung minggu bermula dari 3 petang hingga 11 malam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.