Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI WARGA EMAS MAUT BASIKAL DIREMPUH KENDERAAN

DALAM NEGARA

LELAKI WARGA EMAS MAUT BASIKAL DIREMPUH KENDERAAN

Seorang lelaki warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Tanjung Lipat, Miri, petang semalam.

Sumber: Media sosial

KUCHING: Seorang lelaki warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Tanjung Lipat, Miri, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan berlaku kira-kira 5.30 petang ketika lelaki berusia 63 tahun itu dalam perjalanan dari Pasar Batu Niah ke Kampung Tanjung Lipat.

“Siasatan awal mendapati mangsa sedang berbasikal di laluan berkenaan sebelum dipercayai dilanggar kenderaan dari arah bertentangan dari Kampung Tanjung Lipat menuju ke Pasar Batu Niah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Faizul Ab Rahim melalui talian 014-8582582 /085-430479 atau hadir di mana-mana balai polis berdekatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading