Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

17 MAUT DALAM NAHAS PESAWAT TENTERA

DUNIA

17 MAUT DALAM NAHAS PESAWAT TENTERA

Sumber: AFP

MANILA: Sekurang-kurangnya 17 maut dan 40 cedera selepas sebuah pesawat tentera Filipina jenis Lockheed C-130 terhempas ketika cuba mendarat di Patikul, wilayah Sulu, selatan Filipina.

Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat tersebut dinaiki 92 penumpang.

Jurucakap tentera Filipina memaklumkan tiada petunjuk pesawat tersebut diserang, namun siasatan kemalangan belum dimulakan kerana fokus ketika ini tertumpu kepada usaha menyelamat dan rawatan.

Sumber: AFP

“Pasukan keselamatan telah berada di lokasi kejadian dan kami berharap lebih ramai mangsa terselamat,” katanya.

Dilaporkan kebanyakkan penumpang adalah pelajar yang telah tamat latihan asas ketenteraan dan sedang dikerahkan ke pulau yang bergolak tersebut untuk memerangi ancaman pengganas. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading