Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT AHLI PARLIMEN DI KEDAH LANGGAR SOP

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT AHLI PARLIMEN DI KEDAH LANGGAR SOP

ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang ahli Parlimen bergelar ‘Datuk’ di Kedah yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gambar tersebut tular di media sosial menunjukkan ahli Parlimen tersebut dikatakan sedang duduk di atas meja sambil bersila dan minum teh serta bersembang santai secara terbuka ketika dalam satu program bantuan.

Rata-rata ramai yang mempertikaikan tindakan ahli Parlimen terbabit sedangkan Kedah ketika ini masih di bawah pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Satu yang mana tidak membenarkan sebarang bentuk majlis keramaian.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 atas kesalahan berkumpul di tempat awam dan kerana tidak memakai pelitup muka serta gagal menjaga penjarakan sosial.

Menurutnya, polis sedang mengesan beberapa saksi untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading