19,819 KES HARIAN COVID-19 DIREKODKAN, JUMLAH TERTINGGI

KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan jumlah tertinggi dengan 19,819 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu Selangor mencatatkan 8,377 kes, Kuala Lumpur 2,467 kes, Kedah 1,371 kes, Johor 1,162 kes, dan Kelantan 1,003 kes.

Sabah pula merekodkan 949 kes, Pulau Pinang 867 kes, Negeri Sembilan 800 kes, Perak 662 kes, Pahang 558 kes Sarawak 552 kes, Melaka 508 kes, Terengganu 481 kes, Putrajaya 46 kes, Perlis 11 kes dan Labuan 5 kes.

Pertambahan kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kini 1,183,110 kes. – AlHijrah Online

Leave a Reply