KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan ramai terjejas pendapatan hingga berdepan masalah bekalan makanan dan keperluan harian.
Susulan itu , Muslim Volunteer Malaysia (MVM) mengambil inisiatif melancarkan kempen misi bantuan COVID-19 Untukmu Malaysia 2.1 bagi membantu mereka yang memerlukan.
Ketua Pegawai Eksekutif MVM, Mohd Fauzan Abdul Sukor berkata menerusi kempen itu, salah satu projek yang dijalankan ialah Lockdown Aid (LOCA) yang memberikan tiga jenis bantuan iaitu makanan asas (beras, minyak masak, gula, garam dan lain-lain); keperluan asas (susu bayi, lampin dan lain-lain) dan kit kesihatan atau kebersihan (pelitup muka, ubat gigi, sabun dan lain-lain).
“Jumlah bantuan yang diberikan adalah antara RM130 hingga RM150 termasuk kos logistik.
“Penghantaran bantuan pula ditentukan oleh MVM menerusi dua kaedah, iaitu sama ada diuruskan sendiri oleh pemohon atau diuruskan oleh sukarelawan MVM di lokaliti tersebut mengikut keadaan dan kesesuaian semasa.
“Untuk rekod, seramai 932 penerima di seluruh negara telah dibantu setakat ini,” katanya.
Ujar Mohd Fauzan, pada saat mencabar ini orang ramai diajak untuk terus menghulurkan sumbangan ikhlas kepada golongan B40 dan M40 yang hilang punca pendapatan, selain untuk petugas barisan hadapan khususnya di fasiliti kesihatan.
Jelasnya menerusi kempen Untukmu Malaysia 2.1 terdapat dua jenis sumbangan yang boleh disalurkan orang ramai iaitu bantuan keluarga dan bantuan fasiliti hospital.
“Bagi bantuan keluarga, sumbangan disasarkan kepada tiga kategori iaitu barangan asas dapur berjumlah RM150; kit kebersihan RM50 dan barangan bayi RM100.
“Manakala bagi bantuan fasiliti hospital, sumbangan disasarkan kepada beberapa kategori seperti ICU ventilator berjumlah RM120,000; portable ventilator RM58,000; high floor nasal cannula RM28,000; katil hospital RM4,500; katil ICU RM23,000; syringe pump RM3,500; infusion pump RM3,500 dan pelitup muka N95 RM7.50,” katanya.
Sasaran dana keseluruhan yang diperlukan untuk kempen tersebut adalah RM311,000 dan kempen akan berakhir pada 31 Disember 2021.
Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia menerusi Maybank (5648-0164-7699); CIMB Islamik (8602-5378-07) dan Bank Islam Malaysia (1230-0010-0030-65) dengan rujukan ‘Bantuan COVID-19’ dan emelkan ke account@mvm.org.my.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi wakil MVM di talian 03-8074 0434 atau layari laman sesawang http://www.donation.mvm.org.my dan pilih kategori ‘Single Donation’. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests