Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAIWP LANCAR PPV BERGERAK, SASAR 7,500 PENERIMA TERUTAMA ASNAF

DALAM NEGARA

MAIWP LANCAR PPV BERGERAK, SASAR 7,500 PENERIMA TERUTAMA ASNAF

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan untuk memberi suntikan vaksin kepada 7,500 penerima menerusi pelancaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergeraknya yang bermula hari ini hingga 12 September depan.

Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, inisiatif tersebut bertujuan bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan program vaksinasi agar imuniti kelompok segera dicapai.

Ujarnya sasaran utama PPV bergerak MAIWP adalah golongan asnaf yang menerima bantuan Baitulmal MAIWP dan warga emas yang masih belum menerima tarikh janji temu vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

“Insya-Allah setiap hari kita sasarkan 600 orang penerima vaksin. Kita ada empat tempat yang  akan kita lawati iaitu Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak, Dewan Serbaguna Air Panas, Dewan Serbaguna Taman Maluri dan Pusat Komuniti Sri Petaling .

“Jadi mudah-mudahan bermula hari ini hingga 12 September nanti kita akan dapat capai sasaran 7,500 penerima vaksin dalam kalangan asnaf” katanya selepas melancarkan PPV bergerak MAIWP di Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak siang tadi.

Menurutnya lagi inisiatif ini dijalankan secara bersepadu dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Beliau juga berharap agar usaha ini akan mendapat sambutan yang baik daripada golongan asnaf yang masih belum menerima vaksin sekaligus mempercepatkan lagi proses pemulihan negara ke fasa seterusnya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading