Connect with us

ALHIJRAH NEWS

1MDB: PM ANWAR TERIMA BAIK PEMOHONAN MAAF NAJIB

DALAM NEGARA

1MDB: PM ANWAR TERIMA BAIK PEMOHONAN MAAF NAJIB

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik pemohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Ar-Rahman Presint 16, Putrajaya, hari ini. – Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik pemohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Terima baik, terima baik,” katanya ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman, Presint 16 di sini hari ini.

Semalam, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung salah laku yang berlaku dalam 1MDB semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

Dalam kenyataan yang dibaca anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Najib perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lepas, pada Rabu depan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading