Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NIAT BERI SEDEKAH DISALAH ERTI CUBAAN MENCULIK 

DALAM NEGARA

NIAT BERI SEDEKAH DISALAH ERTI CUBAAN MENCULIK 

IPOH: Tindakan ikhlas seorang lelaki memberi wang tunai kepada kanak-kanak berusia lima tahun telah disalah erti sebagai mahu menculik kanak-kanak tersebut. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad. — Bernama

IPOH: Tindakan ikhlas seorang lelaki memberi wang tunai kepada kanak-kanak berusia lima tahun telah disalah erti sebagai mahu menculik kanak-kanak tersebut. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata insiden yang berlaku di Chemor pada Rabu lepas itu membawa kepada tindakan rakaman percakapan lelaki berusia 35 tahun itu untuk siasatan lanjut. 

“Hasil siasatan terperinci mendapati ibu kepada kanak-kanak itu telah salah faham terhadap perbuatan suspek yang menghampiri dan memberikan wang tunai kepada mangsa. 

“Suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan bekerja sebagai kontraktor dan hasil semakan rekod jenayah mendapati tiada sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata oleh itu polis menafikan berlaku kejadian cubaan menculik sebagaimana yang telah dilaporkan di daerah Ipoh. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading