Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA KANAK-KANAK DITEMUKAN LEMAS DI TANJONG KARANG

DALAM NEGARA

DUA KANAK-KANAK DITEMUKAN LEMAS DI TANJONG KARANG

Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam. 

SHAH ALAM: Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azharudin Tajuddin berkata kehilangan kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun itu disedari keluarga kira-kira 6.50 petang sebelum dijumpai bapa mereka tiga jam kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Sub Inspektor Che Abdul Hamid di talian 03-32698222. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading