Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

21 MURID TABIKA KEMAS TERPERANGKAP DALAM BANJIR BERJAYA DISELAMATKAN

DALAM NEGARA

21 MURID TABIKA KEMAS TERPERANGKAP DALAM BANJIR BERJAYA DISELAMATKAN

Terdahulu tular video memaparkan beberapa murid Tabika Kemas terpaksa berdiri di atas meja selepas kelas mereka dinaiki air banjir akibat hujan lebat pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 21 murid yang terperangkap dalam banjir di Jalan Hulu Klang, Batu 8, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, bilik gerakan operasi bencana negeri menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 10.28 pagi.

Sejurus itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Empat buah rumah dan sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) didapati telah terjejas akibat banjir.

“Bomba telah mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu, manakala 21 pelajar Tabika Kemas telah diserahkan kepada ibu bapa masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu tular video memaparkan beberapa murid Tabika Kemas terpaksa berdiri di atas meja selepas kelas mereka dinaiki air banjir akibat hujan lebat pagi tadi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading