Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

22 CEDERA DALAM INSIDEN MERCUN DI KULIM

DALAM NEGARA

22 CEDERA DALAM INSIDEN MERCUN DI KULIM

Seramai 22 orang awam cedera termasuk seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Paya Besar dekat Kulim, tengah malam tadi.

Sumber Gambar: Facebook

KULIM: Seramai 22 orang awam cedera termasuk seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Paya Besar dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Zulkifli Azizan berkata kejadian berlaku pada 12.45 tengah malam dan disedari anggota membuat rondaan pencegahan jenayah yang melihat kesesakan lalu lintas dengan kehadiran orang ramai di tepi jalan Paya Besar.

”Anggota terlibat telah meminta bantuan dan apabila pasukan bantuan sampai di tempat kejadian, didapati terdapat ramai yang cedera dan dimaklumkan disebabkan oleh mercun yang dibakar meletup.

“Sebanyak 22 mangsa terlibat dengan seorang mengalami luka sedalam lima sentimeter di dahi manakala yang lain luka kecil akibat terkena belerang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata lalu lintas kembali terkawal dan orang ramai bersurai selepas dua ambulans membawa mangsa ke Hospital Kulim.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading