Connect with us

ALHIJRAH NEWS

261,000 PENONTON BUKTI F1 MASIH ADA TEMPAT DI MALAYSIA

DALAM NEGARA

261,000 PENONTON BUKTI F1 MASIH ADA TEMPAT DI MALAYSIA

Kehadiran 261,000 penonton di Litar Antarabangsa Sepang mencipta rekod baharu sekali gus menunjukkan minat terhadap Formula 1 di Malaysia masih kekal kuat selepas sembilan tahun.

SEPANG: Formula 1 Grand Prix Bahrain 2026 mencatat sejarah apabila seramai 261,000 penonton membanjiri Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sepanjang hujung minggu perlumbaan dari 2 hingga 4 Oktober.

Jumlah itu sekali gus mencipta rekod baharu kehadiran penonton di Sepang, jauh mengatasi rekod tertinggi sebelum ini iaitu 157,219 penonton yang dicatatkan pada 2007.

Sambutan tersebut memberi gambaran bahawa minat terhadap Formula 1 di Malaysia masih kekal kuat meskipun perlumbaan berprestij dunia itu sudah sembilan tahun tidak dianjurkan di negara ini.

Kehadiran kali ini juga mencatat sambutan lebih memberangsangkan berbanding beberapa edisi terakhir Formula 1 di Sepang sebelum Malaysia tidak lagi menjadi tuan rumah selepas 2017.

Tiket bagi keseluruhan hujung minggu perlumbaan turut dilaporkan habis terjual, dengan peminat tempatan dan antarabangsa memenuhi SIC sepanjang tiga hari penganjuran.

Grand Prix Bahrain berlangsung di Sepang selepas perlumbaan asal di Bahrain tidak dapat diteruskan susulan ketegangan di Asia Barat, sekali gus membawa semula aksi Formula 1 ke litar berkenaan selepas sembilan tahun. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading