Connect with us

ALHIJRAH NEWS

370 KANAK-KANAK PALESTIN DITAHAN DI PENJARA ISRAEL

DUNIA

370 KANAK-KANAK PALESTIN DITAHAN DI PENJARA ISRAEL

Kanak-kanak itu merupakan sebahagian daripada lebih 9,400 tahanan Palestin yang ditahan Israel setakat awal Ogos.

ANKARA: Kira-kira 370 kanak-kanak Palestin ditahan di penjara Israel, dengan kebanyakan mereka ditempatkan di penjara Megiddo dan Ofer, menurut laporan baharu Pusat Advokasi Tahanan Palestin.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata kanak-kanak itu merupakan sebahagian daripada lebih 9,400 tahanan Palestin yang ditahan Israel setakat awal Ogos.

Menurut laporan, penahanan kanak-kanak Palestin oleh Israel sudah menjadi corak berulang dalam kempen penangkapan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmaqdis Timur.

Laporan tersebut turut mendedahkan pasukan keselamatan Israel menahan 276 kanak-kanak Palestin dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sahaja.

Selain itu, ia juga menyatakan Israel menggunakan penahanan pentadbiran terhadap rakyat Palestin, membolehkan mereka ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan untuk tempoh tertentu yang boleh dilanjutkan, berdasarkan bukti yang tidak didedahkan.

Pertubuhan hak asasi Palestin dan antarabangsa sebelum ini berulang kali menuduh pihak berkuasa Israel memberikan layanan buruk terhadap tahanan, termasuk kanak-kanak, selain menafikan akses mereka kepada makanan dan rawatan perubatan yang mencukupi. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading