Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BANJIR NEPAL: 57 RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAPAT DIHUBUNGI

UTAMA

BANJIR NEPAL: 57 RAKYAT MALAYSIA MASIH BELUM DAPAT DIHUBUNGI

Seramai 57 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar di Rasuwa, Nepal, dengan Wisma Putra meneruskan semakan bersama pihak berkuasa dan agensi berkaitan di negara itu.

KUALA LUMPUR: Seramai 57 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar yang melanda daerah Rasuwa, Nepal.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata angka itu berdasarkan laporan yang diterima daripada ahli keluarga, rakan dan majikan setakat 11 malam tadi.

“Kementerian, melalui Perwakilan Diplomatik Malaysia di rantau berkenaan, sedang membuat semakan lanjut berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pihak berkuasa dan agensi berkaitan di Nepal.

“Pihak berkuasa tempatan di Nepal telah melaporkan bahawa 31 warganegara asing berjaya diselamatkan setakat ini. Kementerian belum menerima pengesahan sama ada terdapat warganegara Malaysia dalam kalangan mereka yang diselamatkan,” katanya dalam kenyataan.

Wisma Putra turut menerima maklumat mengenai kemungkinan terdapat rakyat Malaysia yang memasuki kawasan terjejas melalui China dan India.

Sehubungan itu, ahli keluarga rakyat Malaysia yang berada atau melakukan perjalanan di rantau berkenaan tetapi masih belum berdaftar digesa menyalurkan maklumat kepada kementerian.

Wisma Putra berkata, perwakilan diplomatik Malaysia turut bekerjasama dengan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Kementerian Luar Nepal dan Lembaga Pelancongan Nepal bagi menyemak maklumat mengenai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.

Sementara itu, Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya kini beroperasi 24 jam bagi menyelaras maklumat serta membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka.

Ahli keluarga yang mempunyai maklumat seperti nama penuh, nombor pasport, jadual perjalanan, lokasi terakhir dan nombor telefon boleh menghubungi bilik operasi melalui talian +603 8887 4570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu melalui mwkathmandu@kln.gov.my dengan salinan e-mel kepada dutyofficer@kln.gov.my.

Rakyat Malaysia di Nepal dinasihatkan supaya berwaspada, mengutamakan keselamatan, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta mengemas kini maklumat melalui portal e-Konsular. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading