382,255 HUBUNGI TALIAN USAHAWAN, FAHAMI BANTUAN COVID-19

GAMBAR: SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi (MEDAC) telah melakukan pelbagai langkah untuk membantu usahawan yang terjejas teruk dan berusaha memastikan mereka kekal bertahan mengharungi cabaran pandemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata antara inisiatif yang diambIL kementeriannya ialah mewujudkan talian Pusat Sehenti Keusahawanan yang telah menerima 382,255 panggilan setakat ini untuk membantu para peniaga memahami bantuan kewangan yang disediakan dalam usaha melonjakkan kembali ekonomi usahawan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya talian tersebut boleh digunakan usahawan untuk mengetahui lebih lanjut bantuan yang diberikan kerajaan seperti Kemudahan Bantuan Khas, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, moratorium penangguhan pembayaran balik pinjaman peribadi anggota kepada koperasi, penangguhan pembayaran balik pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) dan lain-lain bantuan pinjaman dan insentif kerajaan.

“Keseluruhan jumlah panggilan yang diterima dari bermulanya pandemik COVID-19 sehingga 20 Julai 2020 adalah sebanyak 382,255 panggilan.

“Daripada kesemua panggilan tersebut, 348,955 panggilan adalah kepada talian Bank Rakyat, 9,061 panggilan kepada talian SME Corp, 8,023 panggilan kepada MEDAC, 7,994 panggilan kepada TEKUN, 4,128 panggilan kepada SKM, 4,069 panggilan kepada SME Bank dan 28 panggilan kepada IKM,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kementerian pada Jumaat (24 Julai 2020).

Talian Pusat Sehenti Keusahawanan boleh dihubungi ditalian 1-300-88-1020, +603-8892 3430, dan +603-8892 3429 dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Selain itu usahawan juga boleh menghubungi 90 talian agensi lain di bawah MEDAC seperti Bank Rakyat, Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM), SME Corporation Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, SME Bank dan TEKUN Nasional. — AlHijrah Online

Leave a Reply