40 TEMPAT TEDUHAN PENUNGGANG MOTOSIKAL DI LEBUH RAYA BERJAYA DIBINA – NANTA
“Tempat teduhan penunggang motosikal semasa hujan adalah penting bagi kemudahan dan keselamatan mereka kerana jika penunggang berteduh di tempat tidak sesuai, mereka berisiko kena rempuh dan hilang nyawa seperti kes yang pernah berlaku,”
KUALA LUMPUR: Sebanyak 40 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya berjaya dibina dan disiapkan dalam tempoh lima bulan seperti disasarkan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata usaha penambahan tempat teduhan baharu itu bermula sejak suku ketiga 2023 selaras dengan fokus Kerajaan MADANI demi kesejahteraan rakyat.
Menurut Nanta kejayaan pembinaan kemudahan itu juga hasil komitmen syarikat-syarikat konsesi yang diterajui oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi menyediakan kemudahan berkenaan kepada pengguna jalan raya.
“Usaha berterusan akan digembleng untuk penyiapan tempat teduhan penunggang motosikal di 79 lokasi lain pada 2024.
“Tempat teduhan penunggang motosikal semasa hujan adalah penting bagi kemudahan dan keselamatan mereka kerana jika penunggang berteduh di tempat tidak sesuai, mereka berisiko kena rempuh dan hilang nyawa seperti kes yang pernah berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tempat teduhan penunggang motosikal di KM11 Lebuhraya Baru Pantai di sini hari ini.
Nanta berkata pembinaan tempat teduhan penunggang motosikal adalah tanggungjawab sosial korporat syarikat konsesi lebuh raya dan LLM serta tidak melibatkan sebarang sumbangan kewangan daripada kerajaan.
Ditanya sama ada masih terdapat penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejantas atas alasan tempat teduhan dibina tidak strategik, beliau menjelaskan kemudahan berkenaan dibina mengikut keselesaan semua pihak.
Mengulas mengenai keselamatan penunggang motosikal, beliau berkata perbincangan sudah bermula di peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk menjadikan lorong motosikal satu dasar wajib dalam setiap pembinaan lebuh raya baharu selepas ini.
“Bagi reka bentuk (lebuh raya) lama tidak boleh dibuat apa dan tidak boleh dilebarkan (untuk pembinaan lorong motosikal). Namun, untuk yang akan datang mesti pertimbang lorong khas (motosikal),” katanya.
Mengenai projek garisan glow in the dark atau bercahaya dalam gelap di jalan raya, beliau berkata setakat ini projek rintis yang dilaksanakan ditaja oleh pihak luar dan bukannya daripada KKR ekoran kos yang tinggi.
Sementara itu, LLM dalam kenyataan menasihatkan penunggang motosikal untuk berhenti berteduh atau berehat di lokasi tempat berteduh yang disediakan di sepanjang lebuh raya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked