Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KEMATIAN KANAK-KANAK AUTISME, ZAYN RAYYAN DIKLASIFIKASIKAN KES BUNUH

DALAM NEGARA

KEMATIAN KANAK-KANAK AUTISME, ZAYN RAYYAN DIKLASIFIKASIKAN KES BUNUH

Sumber Gambar: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan mangsa berusia enam tahun itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Selepas dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira 10 malam tadi.

Mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai kumpulan penduduk yang turut membantu operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Terdahulu, ibu Zayn Rayyan dilaporkan menyedari kehilangan anaknya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen itu kira-kira 12.30 tengah hari, sebelum kanak-kanak berkenaan dikatakan kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran Apartmen Idaman.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading