Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

41 JEMAAH HAJI JORDAN AKAN DIKEBUMIKAN DI ARAB SAUDI

DUNIA

41 JEMAAH HAJI JORDAN AKAN DIKEBUMIKAN DI ARAB SAUDI

Sebanyak 41 permit pengebumian telah dikeluarkan bagi jemaah haji Jordan yang meninggal dunia akibat panas melampau semasa menunaikan ibadah haji untuk dikebumikan di Arab Saudi.

Gambar fail (AFP)

AMMAN: Sebanyak 41 permit pengebumian telah dikeluarkan bagi jemaah haji Jordan yang meninggal dunia akibat panas melampau semasa menunaikan ibadah haji untuk dikebumikan di Arab Saudi, kata Kementerian Luar Jordan pada Selasa, lapor Xinhua.

Menurut jurucakap kementerian, Sufian Qudah, 84 daripada keseluruhan 106 jemaah haji Jordan yang dilaporkan hilang di Arab Saudi telah dijumpai.

Qudah berkata pihak berkuasa Arab Saudi telah memberikan rawatan perubatan yang diperlukan kepada 84 jemaah berkenaan, di mana beberapa di antaranya berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata misi diplomatik Jordan di Makkah terus menyediakan perkhidmatan konsular kepada jemaah haji dan memantau keadaan mereka dengan kerjasama pihak berkuasa Arab Saudi yang berkaitan.

Jurucakap itu turut menyatakan bahawa operasi mencari baki 22 jemaah haji Jordan yang masih hilang sedang giat dijalankan.

Beliau menyeru semua warga Jordan yang menunaikan ibadah haji untuk menghubungi kementerian jika memerlukan bantuan, termasuk melaporkan orang hilang atau bagi urusan penghantaran jenazah sekiranya berlaku kematian. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading