MALAYSIA-CHINA METERAI PERJANJIAN PENCALONAN BERSAMA TARIAN SINGA DALAM UNESCO ICH
Perjanjian persefahaman itu dicapai kedua-dua negara menerusi memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dalam bidang pelancongan dan Perjanjian Program Eksekutif Pertukaran Kebudayaan 2024 hingga 2029 yang ditandatangan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia.
PUTRAJAYA: Malaysia dan China memeterai perjanjian bagi pencalonan bersama tarian singa dalam Perwakilan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) bagi Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) Kemanusiaan serta keahlian Malaysia dalam Alliance for Cultural Heritage in Asia yang diterajui oleh China, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Dalam kenyataan hari ini MOTAC berkata perjanjian persefahaman itu dicapai kedua-dua negara menerusi memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dalam bidang pelancongan dan Perjanjian Program Eksekutif Pertukaran Kebudayaan 2024 hingga 2029 yang ditandatangan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia.
“Satu persembahan teater muzikal Hang Li Po khas oleh Orkestra Traditional Malaysia, Istana Budaya dengan pemuzik dari China turut akan diadakan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini selepas majlis pertukaran MoU berkenaan.
Pertukaran dokumen MoU itu disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Li dalam satu majlis di sini hari ini.
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan; peningkatan kesalinghubungan udara yang menghubungkan destinasi pelancongan utama di Malaysia dan China; pelancongan perniagaan dan promosi serta pembangunan pelancongan berteraskan komuniti dan ekopelancongan.
“Malaysia dan China akan terus meningkatkan kolaborasi dalam bidang pelancongan dan kebudayaan ke arah pembangunan produk serta perkhidmatan industri seni, budaya serta warisan negara melalui perkongsian ilmu dan pertukaran kepakaran,” menurut kenyataan itu.
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu adalah seiring dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang diraikan tahun ini, dalam usaha meningkatkan sinergi dalam bidang kebudayaan dan pelancongan antara kedua-dua negara.
Pada 5 Dis lepas Tiong dilaporkan berkata bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024, susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan mulai 1 Disember lepas. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests