JUAL RON95 KEPADA KENDERAAN ASING, PENGUSAHA STESEN MINYAK DIKENAKAN TINDAKAN
Pengarahnya Norena Jaafar berkata tindakan diambil susulan satu video tular memaparkan seorang lelaki disyaki warga asing berusia 30-an menaiki kenderaan bernombor pendaftaran negara asing jenis Toyota Prius mengisi petrol bersubsidi di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah, Ahad lepas.
ALOR GAJAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka membuka satu kertas siasatan terhadap seorang pengusaha stesen minyak selepas disyaki menjual barang kawalan berjadual petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing dari negara jiran.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata tindakan diambil susulan satu video tular memaparkan seorang lelaki disyaki warga asing berusia 30-an menaiki kenderaan bernombor pendaftaran negara asing jenis Toyota Prius mengisi petrol bersubsidi di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah, Ahad lepas.
“Berdasarkan video itu, hasil pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup mendapati lelaki itu membayar RM23.17 melalui transaksi terminal pembayaran luar (OPT) untuk membeli RON95 pada 4.35 petang dan mengisinya di pam minyak yang agak tersorok selepas berlegar-legar di kawasan stesen minyak itu.
“Tindakan warga asing itu ditegur seorang pemandu e-panggilan menyebabkan lelaki itu tergesa-gesa meninggalkan pam minyak terbabit manakala pengusaha stesen minyak itu pula memberi alasan tidak nampak kejadian itu kerana kedudukan pam agak terselindung,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan terhadap pengusaha stesen minyak berusia 30-an itu diambil selaras arahan dikuatkuasakan pada 17 Jun 2022, yang melibatkan larangan penjualan petrol RON95 kepada semua kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing.
“Kita tidak boleh terima alasan pengusaha stesen minyak itu kerana semua sedia maklum larangan berkenaan sudah dikuatkuasakan sejak 17 Jun 2022, malah terdapat notis larangan dilekatkan di setiap stesen minyak.
“Jadi pengusaha itu telah melanggar Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, yang menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 21(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), ” katanya.
Norena berkata jika disabit kesalahan, pengusaha stesen minyak itu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
KPDN Melaka, katanya mengingatkan semua pengusaha stesen minyak mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa manakala pengguna dialu-alukan membuat aduan berkaitan salah laku seperti insiden seumpama ini melalui medium disediakan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager